Tujuh pesawat TUDM gamat ruang udara Kuantan - Utusan Malaysia

Tujuh pesawat TUDM gamat ruang udara Kuantan

EMPAT pesawat BAE Hawk melintasi ruang udara bandar Kuantan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4 di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Ruang udara bandar Kuantan digamatkan dengan pertunjukan tujuh buah pesawat udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersempena Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4 di sini hari ini.

Difahamkan, ia julung kali acara terbabit melibatkan tiga Sukhoi Su-30MKM dan empat BAE Hawk berbanding tahun sebelumnya hanya melibatkan sebuah Sukhoi.

Sambutan tahun ini menyaksikan pembabitan lebih 4,489 peserta dari 106 kontinjen dengan 72 kontinjen berjalan kaki dan 34 kontinjen berkenderaan menggunakan 809 kenderaan semasa perarakan, termasuk aset-aset Tentera Darat, Laut serta Udara.

Turut Berangkat pada acara perbarisan dan perarakan sambutan, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Seri Datuk Burhah Mohammed.

Puluhan ribu pengunjung membanjiri Padang MBK 4 seawal pukul 7 pagi bagi menunjukkan semangat kebersatuan dalam menghayati acara tahunan berkenaan.

Mereka juga dilihat membawa jalur gemilang, selain luangan ‘merdeka’ daripada pengunjung di sekitar kawasan sebelum persembahan dan perbarisan bermula

Lagu Negaraku kemudian berkumandang, serentak dengan acara menaikkan Jalur Gemilang dan bacaan ikrar rukun negara diketuai, Naib Johan Pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Muhammad Thariq Suhaimi Al-Hafiz.

Ia kemudiannya diikuti medley koir lagu tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan yang didendangkan oleh 66 penjawat awam pelbagai agensi.

Turut menarik perhatian adalah perarakan aset keselamatan dan pertahanan negara, antaranya oleh pasukan bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Selain itu, turut terdapat perarakan dari 43 guru madrasah, maahad dan pondok negeri ini yang difahamkan mereka pertama kali menyertai perarakan terbabit tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya