PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mendahului lima kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, menurut keputusan tidak rasmi setakat 6.30 petang.
Calonnya di kerusi Rahang, Lee Boon Shian meraih 1,323 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Desmond Meow Kong dengan 937 undi.
Calonnya di Linggi, Zamri Md. Said pula mendahului dengan 759 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Faizal Ismail yang meraih 233 undi.
Calonnya di Temiang, Chua Eng Pu meraih 676 undi berbanding calon PH, Ng Chin Tsai dengan 233 undi dan calon Muda, Ahmad Qusyairi Abdull Rahim dengan 123 undi.
PN turut mendahului di Chennah apabila calonnya Rosmadi Arif meraih 84 undi berbanding Anthony Loke Siew Fook dengan 38 undi namun kiraan undi masih di peringkat awal.
Sementara PH mendahului di tiga kerusi iaitu di Bukit Kepayang apabila calonnya, Nicole Tan meraih 870 undi manakala calonnya di Nilai, Arul Kumar Jambunathan meraih 459 undi.
Calon PH, Teo Kok Seong turut mendahului di Bahau dengan 135 undi berbanding calon PN, Kumar S. Paramasivam dengan 90 undi.-UTUSAN