Temerloh A juara Kejohanan Badminton Piala YGTHO 2023 - Utusan Malaysia

Temerloh A juara Kejohanan Badminton Piala YGTHO 2023

AHMAD RAFER Che Kassim (tujuh kanan) bersama pemenang Kejohanan Badminton Piala Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) 2023 di Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands di Bentong, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pasukan Temerloh A muncul juara Kejohanan Badminton Piala Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) 2023 anjuran Persatuan Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Bentong yang julung kali diadakan di sini.

Kejohanan tiga hari bermula Jumaat lalu itu melibatkan kategori individu, terbuka wanita, junior veteran dan super veteran yang diadakan di Dewan Institut Aminuddin Baki (IAB) cawangan Genting Highlands melibatkan 14 pasukan dengan jumlah pemain 180 orang.

Penyelaras kejohanan, Mohd. Nor Azmi Mohamad berkata, Temerloh A selaku johan kategori berpasukan master memperolehi hadiah wang tunai RM2,000 dan 10 batang raket, tempat kedua pasukan IAB (RM1,000) dan 10 batang raket.

“Tempat ketiga disandang pasukan Pekan dan Kuantan A membawa pulang wang tunai masing-masing RM500 dan barangan sukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr. Ahmad Rafee Che Kassim.

Mohd. Nor Azmi berkata, bagi kategori berpasukan looserpool, johan mendapat RM800, naib johan (RM500) dan ketiga RM300.

“Bagi kategori individu, pemenang pertama memperoleh RM300 dan dua batang raket, naib johan RM200 dan beg sukan dan ketiga RM100 dan barangan sukan,” katanya.

Johan regu wanita disandang Chong Rui Yun dan Nor Haniza Abdul Hamid dari Temerloh, naib johan Nur Adina Abdullah dan Soon Swan Meng (Kuantan).

Regu lelaki dimenangi Shafarul Jain Jalauddin dan Syed Nurul Azman Syed Ismail (Raub) dan naib johan Mohd. Rosmaini Abdul Aziz dan Nor Shahrul Imran Sari dari Kuantan.

Kategori Super veteran lelaki dimenangi Khalid Zaino; Abidin dan Mahyudin Abdul Majid (Jerantut) dan tempat kedua Look Tiong Hoon dan Saizilaruni Mohd Sidek dari Kuantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya