Silap besar jika tolak peluang pengajian TVET

Silap besar jika tolak peluang pengajian TVET

MOHAMMAD AJIRUDIN ABD. RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Tindakan menolak tawaran melanjutkan pengajian dalam program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) disifatkan satu kesilapan besar kerana potensi besar bagi lulusan institusi berkenaan.

Alasan kononnya pendidikan itu berstatus rendah berban­ding melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak boleh diguna pakai kerana apa yang tersedia selepas tamat pengajian adalah lebih penting, selain menjamin masa depan.

Malah, dengan tawaran kemasukan tanpa sebarang kelulusan tertinggi selain tidak dikenakan sebarang yuran pengajian sepatutnya diambil kesempatan oleh lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang gagal menempatkan diri ke IPTA.

MUDAH

Seorang bekas penuntut TVET, Mohammad Ajirudin Abd. Rahim, 27, berkata, pendidikan di institut latihan itu amat mudah untuk dikuasai oleh para pelajar.

Katanya, sistem pembelajaran yang diguna pakai turut memberi peluang kepada mereka menguasai latihan dengan mudah walaupun dalam tempoh pengajian singkat.

“Hakikatnya, apa yang paling penting adalah peluang pekerjaan terbuka luas selepas tamat pengajian kerana pasaran kerja bagi lepasan institut ini terlalu banyak walaupun apa pun jurusan dipelajari.

“Bukan berniat untuk memperlekehkan mereka yang melanjutkan pengajian ke IPTA yang kebanyakannya masih tercari-cari pekerjaan selepas tamat pengajian selain memerlukan pengalaman kerja untuk diterima oleh majikan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohammad Ajirudin yang kini bekerja dengan sebuah syarikat pemasangan pendingin hawa di sini turut memperoleh gaji sehingga RM3,000 sebulan, bergantung dengan kemam­puannya menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan.

NUR HAIRIL FAZLY NOOR AZEZI

Seorang lagi bekas penuntut TVET, Nur Hairil Fazly Noor Azezi, 24, mengakui bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan tanpa kemahiran dalam sesuatu bidang.

Katanya, pendidikan di institut itu lebih baik daripada apa yang disangkakan terutamanya bagi pelajar yang tidak mengenali secara lebih mendalam.

MURAH

“Paling utama bagi saya adalah kos pembelajaran amat murah dan secara tidak langsung membolehkan mereka yang tergolong dalam golongan B40 mendapat pendidikan kemahiran sempurna.

“Mungkin ramai anak muda tidak suka melakukan kerja-kerja berat, namun mungkin mereka tidak tahu bahawa lepasan TVET boleh menyambung pengajian sehingga ke peringkat IPTA selepas mendapat diploma,” katanya yang juga bekerja dengan sebuah syarikat pendingin hawa di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN