KUALA LUMPUR: Desakan supaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) tidak relevan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik, Datuk Adnan Seman berkata, biarpun sentimen ‘antizahid’ rancak, desakan untuk beliau berundur bukan tindakan tepat. “Berkenaan sentimen ‘antizahid’, ramai mengatakan UMNO tidak wajar meletakkan kesalahan ke atas presiden parti sebaliknya semua pihak perlu mengambil tanggungjawab. Perbandingan dibuat dengan parti lain seperti PKR dan Bersatu yang…