Siapa danai parti Muda?  - Faiz Na'aman  - Utusan Malaysia

Siapa danai parti Muda?  – Faiz Na’aman 

Dr. Muhammad Faiz Na'aman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Muhammad Faiz Na’aman menggesa pihak berkuasa menyiasat dana membiayai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada  Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. 

Beliau meragui peruntukan kewangan parti itu dalam menggerakkan jentera dan calon pilihan raya negeri kerana dengan menjalankan perniagaan seperti makanan dan barangan tidak akan memadai.

“Perlu siasat siapa yang mendanai Muda ini. Lain macam kencang tabung parti mereka walaupun kononnya jual itu ini. 

“Macam tidak logik jumlahnya. Masuk bertanding PRN bukan untuk menang negeri pun. Kacau,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebooknya hari ini. 

Pada awal Julai lalu, Muda dalam sidang media melancarkan pelbagai inisiatif mengumpul dana bermula dengan jualan  otak-otak Muar oleh Presiden, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara dalam talian. 

Selain jualan makanan itu, Muda dilaporkan turut menjual kasut dan aset-aset peribadi masing-masing bagi membiayai kempen pilihan raya mereka. 

Muda berkata, sebelum ini parti itu berjaya mengumpul dana RM3 juta untuk menjalankan operasi harian dan menyokong golongan kurang berkemampuan melalui beberapa projeknya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan, untuk menjadi seorang ADUN bagi mana-mana negeri, seseorang yang mahu bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukakan wang deposit RM5,000. 

Calon-calon juga dikehendaki membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebanyak RM3,000.

Harga jualan otak otak dianggarkan berharga RM1.50 sekeping. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN