PETALING JAYA: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengekalkan kedudukan status quo di enam negeri dengan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menang di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Perikatan Nasional (PN) pula terus menerajui Kedah, Kelantan dan Terengganu. Keputusan setakat pukul 9 malam tadi menyaksikan kedua-dua gabungan politik itu melepasi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri masing-masing. Di Selangor, PH-BN melepasi majoriti mudah 29 kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN);…










