PRN: Lelaki cacat penglihatan teruja keluar mengundi

PRN: Lelaki cacat penglihatan teruja keluar mengundi

MOHD. Nor Mohd. Din dipimpin isterinya ketika hadir untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki yang mengalami masalah cacat penglihatan tidak pernah melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut di sini hari ini.

Mohd. Nor Mohd. Din,42, hadir di sekolah berkenaan dengan ditemani isterinya, Nor Suriani Yaacob, 38.

Mohd. Nor berkata, dia teruja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan tidak pernah terlepas untuk mengundi sejak berusia 21 tahun lagi.

“Setiap kali pilihan raya, saya tetap akan keluar mengundi kerana ini adalah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia ,” katanya ditemui di sini.

 

WAN Zainab Wan Mohamad berkerusi roda di bantu oleh petugas SPR untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Dalam perkembangan lain, sepasang suami isteri warga emas Wan Salleh Wan Jaaffar, 79, dan Wan Zainab Wan Mohamad,74 tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi.

Wan Salleh berkata, walaupun sudah lebih 10 kali mengundi dia tetap teruja untuk menunaikan tanggungjawab tersebut.

Katanya, dia dan isteri sentiasa teruja untuk keluar mengundi walaupun sudah uzur.

“Isteri saya terpaksa berkerusi roda kerana masalah sakit lutut. Walaupun sakit lutut, dia tetap beria-ia nak keluar mengundi,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya