PRN: Kemenangan PN di 6 egeri ubah sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

Pas percaya kemenangan PN di PRN enam negeri akan ubah sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan

MOHD. Amar Nik Abdullah semasa sidang akhbar di N di Pejabat Badan Perhubungan Pas Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas percaya kemenangan Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini berkemungkinan besar akan mengubah sokongan majoriti rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.

Naib Presidennya Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, selain itu ia dilihat boleh memberi kesan kepada sokongan terhadap Perdana Menteri.

Menurutnya, pada masa sama perubahan landskap politik negara akan turut berubah jika PN mendapat mandat membentuk kerajaan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Dari segi agama tidak ada perkara yang tidak berubah kerana semua yang ada di dunia ini akan sentiasa berubah. Kalau kita boleh memenangi enam negeri pada PRN ini akan berlaku perubahan politik yang lebih besar.

“Bagaimana ia berlaku, itu kita nanti tengok macam mana..mungkin (perubahan) tidak sampai Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya pada sidang akhbar PN di Pejabat Badan Perhubungan Pas Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Amar memberitahu, Pas menegaskan Perlembagaan Persekutuan membenarkan perubahan kerajaan dilakukan.

Katanya, hal ini kerana segala proses yang berlaku termasuk pembentukan kerajaan adalah melalui proses perlembagaan negara.

Ujarnya, setakat semua proses pertukaran kerajaan mengikut Perlembagaan kecuali jika berlaku rampasan kuasa atau darurat.

“Pembentukkan kerajaan perlu mengikut proses Perlembagaan termasuk pelantikan Perdana Menteri iaitu daripada ahli parlimen yang mendapat majoriti,” katanya.

Media melaportkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, memahami Perlembagaan susulan dakwaan pentadbiran Putrajaya berubah jika pembangkang menawan enam negeri pada PRN ini.

Perdana Menteri berkata, kedudukan Kerajaan Persekutuan ditentukan ahli Parlimen dan dua pertiga daripada mereka ketika ini menyokong Kerajaan Perpaduan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN