PRN dedahkan polarisasi kaum

PRN dedahkan polarisasi kaum

KEPUTUSAN PRN lalu menunjukkan wujudnya polarisasi kaum. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan e­nam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu mendedahkan wu­judnya po­­larisasi kaum yang keta­ra sekali gus menunjukkan negara berdepan budaya politik tidak sihat.

Melalui PRN tersebut, ma­syarakat Melayu dan luar bandar lebih cenderung memilih Perikatan Nasional (PN) manakala bukan Melayu dan bandar pula memberi soko­ngan kepada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Pengundi bukan Melayu pula kekal memilih DAP di bawah PH-BN sekali gus memperlihatkan penguasaan parti itu di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala pengundi Melayu beralih kepada Pas yang ultras Melayu dan Islam.

Hal ini dibimbangi me­ngundang perpecahan kaum yang boleh meletakkan negara dalam keadaan tidak harmoni.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, perkara itu amat membimbangkan dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Kata beliau, budaya politik sebegitu memberi ­kesan negatif terhadap persepsi ma­syarakat antarabangsa kepada negara.

“Di pelbagai media sosial sudah ada gesaan jahat seperti melabelkan Kelantan, Kedah dan Terengganu negeri miskin. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana dibimbangi berlakunya pergaduhan sesama sendiri.

“Dalam abad ke-21, bukan perkara sebegitu kita mahukan. Sepatutnya kita berpolitik dengan matang dan baik tetapi sekarang sudah terbelah mengikut kaum,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

PRN baru-baru ini di enam negeri menyaksikan PH-BN serta PN mengekalkan status quo di negeri masing-masing.

Dr. Salawati berkata, kerajaan dan pembangkang perlu me­ngadakan perjanjian perdamaian bagi mengelakkan perkara-perkara tidak dingini.

“Saya rasa zaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada melakukan perdamaian dengan pembangkang iaitu ketika itu kita berada dalam keadaan baik dan banyak juga pelaburan daripada luar yang kita terima tetapi sekarang tidak, sentiasa nampak panas serta tegang.

“Pada saya, kerajaan perlu lakukan sesuatu iaitu antaranya melakukan perdamaian dengan pembangkang,” kata­nya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr. Azmi Hassan berkata, PRN tersebut dengan jelas menunjukkan pola pengundian yang bergantung kepada satu-satu parti betunjangkan kaum.

Jelasnya, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa untuk mewujudkan kerajaan di peringkat Persekutuan tidak boleh hanya bergantung kepada undi daripada satu-satu kaum saja tetapi perlu menyeluruh.

“Hakikatnya keputusan PRN itu mempamerkan bahawa permikiran pengundi atau rakyat kita berada di atas atau memilih parti yang berasaskan bangsa atau agama mereka.

“Itu tidak sihat kerana sukar untuk mencapai majoriti sekiranya berlandaskan itu.

“Namun, kita tidak boleh salahkan pengundi-pengundi kerana itulah strategi orang politik terutama sekali menggunakan isu 2R (kaum dan agama) untuk meraih simpati undi atau menggunakan isu 2R untuk menepis ancaman-ancaman daripada satu kumpulan lain.

“Ini sesuatu yang tidak sihat dan perlu dilakukan sesuatu dengan segera supaya ideologi politik tidak betul-betul berlandaskan kaum dan agama,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN