PN tampilkan semula Ustaz Zarul di Simpang Jeram?

PN tampilkan semula Ustaz Zarul di Simpang Jeram?

ZARUL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan nama calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.

Kini, tumpuan ke arah gabungan Perikatan Nasional (PN), siapa ‘ayam sabung’ yang akan diketengahkan di kerusi tersebut.

Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, Pas yang mewa­kili PN di ke­rusi DUN Simpang Jeram dijangka akan mencalonkan semula Zarul Salleh bagi merampas kerusi tersebut pada PRK ini.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Zarul, anak jati Muar serta guru pengajian Islam, beliau juga adalah Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bakri dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama Pas Johor.

Andai dicalonkan, Zarul akan menentang calon PH, Ir. Nazri Abdul Rahman yang juga anak tempatan Bakri.

Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Bakri, Kamalulnizam Mohd. Suhut berkata, keputusan siapa calon PN hanya akan diumumkan oleh kepimpinan tertinggi PN dalam masa terdekat.

“Pas Kawasan Bakri serta parti gabungan PN hanya menunggu keputusan rasmi daripada kepimpinan tertinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15, kerusi tersebut dimenangi Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menewaskan Zarul Salleh yang mewakili PN, Lokman Md. Don daripada Barisan Nasional (BN) dan Mahaizal Mahmor daripada Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dengan majoriti 2,399 undi.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN