Persiapan akhir KMJ 2023 lancar - Utusan Malaysia

Persiapan akhir KMJ 2023 lancar

MESYUARAT Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan Penasihat KMJ 2023, Datuk Mohd. Perang Musa (dua dari kanan) bagi memastikan aspek keselamatan dan kawalan trafik lancar pada KMJ 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bahang Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 yang akan bermula Sabtu ini kian terasa dengan pelbagai pihak terlibat sibuk membuat persiapan terakhir.

Setelah tiga tahun tidak dapat diadakan ekoran pandemik Covid-19, KMJ kali ini pastinya amat dinanti-nantikan oleh rakyat Johor.

Seperti KMJ sebelum ini, Sultan Johor,  Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama-sama Keluarga Diraja Johor akan menjelajah ke semua 10 daerah.

Dalam kembara selama empat hari itu, Sultan Ibrahim akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang melibatkan perjalanan kira-kira 800 kilometer.

Selain menerusi pelbagai platform media massa, orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ 2023 dalam laman media sosial Keluarga Diraja Johor.

Sumber memaklumkan Utusan Malaysia, KMJ 2023 juga akan turut memberi fokus terhadap beberapa produk pelancongan baharu yang berpotensi untuk dimajukan.

“Antaranya Tuanku akan singgah menyaksikan spesies ikan beta liar yang hanya terdapat di negeri ini.

‘Selain itu, Tuanku juga akan dibawa menyaksikan spesies periuk kera yang hanya terdapat di Johor. Dua spesies ini tidak terdapat di tempat lain, hanya ada di negeri ini,” katanya.

Kali terakhir KMJ diadakan pada 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya