KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak andaian penjawat awam cenderung untuk mengundi parti pemerintah dan bersikap kepartian. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, dakwaan itu tidak benar, malah percaya bahawa setiap penjawat awam wajar bersikap berkecuali dan tidak menunjukkan kecenderungan memihak kepada mana-mana parti. “Cuepacs berharap golongan ini dapat menjalankan tugas tersebut dengan baik demi kelangsungan pilihan raya, buat rakyat dan parti-parti politik.…










