Penempatan uzur babit pasukan bantuan PRN hanya salah faham

Penempatan uzur babit pasukan bantuan PRN hanya salah faham

TANGKAP LAYAR video yang dimuat naik dalam Tik Tok mengtenai penempatan sementara Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) untuk penugasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Sabtu ini. -GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terdapat salah faham membabitkan penularan video berhubung lokasi kediaman uzur yang bakal menjadi penempatan sementara Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) untuk penugasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Sabtu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, berlaku kekhilafan membabitkan anggota PSP dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Kata beliau, video itu ditularkan selepas menyangkakan pasukan bantuan ini akan ditempatkan di kawasan berkenaan yang kelihatan usang dan tidak terurus tanpa mempunyai kelengkapan.

“Namun, sebenarnya pasukan dari Terup 1 C, PSP itu akan ditempatkan di sebuah berek baharu di Balai Polis Pelabuhan Klang.

“Seorang pegawai polis dari Balai Polis berkenaan pula terkhilaf menunjukkan bangunan usang itu sedangkan lokasi sebenar adalah di berek baharu,” katanya dalam satu sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Razarudin berkata, pegawai yang menularkan video berkenaan menerusi aplikasi Tik Tok seharusnya mendapatkan pengesahan dari pegawai atasannya terlebih dahulu dan bukannya mengadu menerusi media sosial.

“Namun, bagi saya perkara ini adalah satu kekhilafan dan saya anggap ianya sudah selesai,” jelasnya.

Tambah Razarudin, beliau sendiri telah turun padang ke lokasi penempatan yang sepatutnya menempatkan pasukan bantuan PSP sebaik sahaja video berkenaan tular.

“Kepada Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah di negeri terlibat sudah diingatkan mengambil perhatian dalam memberikan penempatan dan keselesaan kepada semua pasukan bantuan,”katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 1.14 saat itu mula melalui perkongsian whatsapp.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN