Penambahbaikan secara holistik tangani masalah air

Penambahbaikan secara holistik tangani masalah air

IZIZAM IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri akan melaksanakan penambahbaikan pada sistem bekalan seca­ra holistik dalam menangani masalah air di Perlis.

Terdapat beberapa permasalahan berkaitan air dikenal pasti oleh kerajaan negeri membabitkan isu tekanan rendah, kualiti air terawat dan kadar air tak berhasil (NRW).

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur negeri, Izizam Ibrahim berkata, bagi tujuan itu, Syarikat Air Perlis (SAP) juga me­laksanakan proses penyelenggaraan paip-paip bocor berdasarkan kepada aduan pengguna.

“SAP turut mensasarkan sebanyak 40 peratus penukaran paip air jenis Asbestos Cement (AC) daripada keseluruhan pelbagai jenis paip sedia ada sekitar negeri ini,” katanya.

Tambah Izizam, dengan usaha bagi penukaran paip baharu itu, ia secara tidak langsung dapat membantu dalam memberikan kualiti air yang lebih baik kepada pengguna.

“Perancangan bagi menyelesaikan isu berkaitan air ini adalah dengan melakukan penambahbaikan dan menukar paip uzur agar pengguna mendapat perkhidmatan sebaiknya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, isu NRW di Perlis dijangka dapat ditangani selepas beberapa pelabur berpotensi menyatakan minat bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Kita terus berusaha dan be­kerja keras bagi mengatasi masalah air di negeri ini,” kata­nya.

Katanya, Perlis mampu menghasilkan kira-kira 100 juta liter sehari (JLH) air terawat namun hanya kira-kira 30 JLH sahaja yang sampai kepada pengguna.

“Baki 70 JLH lagi dipercayai hilang disebabkan oleh faktor-faktor seperti kecurian bekalan, kebocoran dan lain-lain sehingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri selain memberi kesan kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN