Nikmat kemerdekaan negara wajib disyukuri-MB Kelantan

Nikmat kemerdekaan negara wajib disyukuri-MB Kelantan

PERSEMBAHAN bunga api menjadi acara penutup sempena sambutan ambang kemerdekaan dan Hari Kebangsaan ke-66 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kemerdekaan negara yang sudah dikecapi sejak 66 tahun lalu merupakan nikmat besar dan wajib disyukuri oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, penentangan melawan penjajah yang digerakan oleh para pejuang, negarawan serta ulama satu masa dahulu perlu dikenang.

Menurutnya, pada masa sama rakyat Malaysia wajib mempelajari daripada generasi terdahulu yang telah berkorban jiwa dan raga demi meraih sebuah kemerdekaan yang dinikmati hari ini.

 

“Maka erti kemerdekaan perlu dihayati dan dijiwai dalam dasar syariat yang digariskan Allah SWT seterusnya diterjemahkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagai satu model lengkap dan sempurna berdasarkan ajaran al-Quran.

“Al-Quran merakamkan peristiwa pembukaan Kota Mekah yang menterjemahkan erti kemerdekaan sebenar, iaitu tauhid ditegakkan, syariat dihayati dan dilaksanakan serta akhlak diperteguhkan secara menyeluruh dan sempurna dalam diri serta seluruh cara hidup manusia,” katanya semasa menyampaikan perutusan Hari Kemerdekaan Negara ke-66 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Turut berlangsung perbarisan kemerdekaan melibatkan agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang menjayakan sambutan tersebut.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, pada masa sama seluruh rakyat negeri ini diseru untuk terus memperkukuhkan jati diri dengan menjauhi gaya hidup yang menyalahi agama termasuk budaya songsang seperti lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) serta berhibur secara melampau.

 

Katanya, tidak merdeka sesebuah negara apabila rakyatnya berbangga meniru dan menjadikan amalan itu sebagai gaya hidup.

“Lebih parah lagi apabila cuba mengetepikan peranan agama dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Semua ini akan menjadi wabak dan barah dalam masyarakat kita.

“Khususnya generasi muda yang begitu mudah terpengaruh dengan anasir dan budaya sebegitu. Sudah tentu mereka hilang jatidiri sebagai anak bangsa merdeka,” ujarnya.-UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.