Nenek maut, cucu cedera, Mitsubishi Triton langgar tiang lampu - Utusan Malaysia

Nenek maut, cucu cedera, Mitsubishi Triton langgar tiang lampu

KENDERAAN pacuan empat roda dinaiki nenek dan cucunya yang terbabas dan melanggar tiang lampu serta papan tanda di Kilometer 36.5, Jalan Johor Bahru-Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang nenek maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas dan melanggar tiang lampu serta papan tanda di Kilometer 36.5, Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pukul 12.10 tengah malam itu mengakibatkan Chong Yat Oi, 90, cedera parah dan maut di lokasi kejadiakñn, manakala cucunya, Fong Chee Yong, 32, yang memandu kenderaan tersebut dan penumpang hadapan, Chin Cheng Fai, 34, cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Mitsubishi Triton itu dalam perjalanan dari arah Mersing menuju Johor Bahru.

“Kenderaan tersebut hilang kawalan dan terbabas ke kanan bahu jalan menuju ke arah Johor Bahru lalu melanggar tiang lampu dan papan tanda.

“Kemalangan itu mengakibatkan warga emas berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, pemandu dan seorang lagi penumpang yang mengalami kecederaan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Syukri Mohd. Yusof berkata, sembilan anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan itu mengakibatkan kenderaan tersebut terbalik di tepi jalan raya dan terdapat tiga mangsa dan seorang tersepit. Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun mangsa  disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada

pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil memberitahu operasi tamat pada pukul 12.43 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN