PETALING JAYA: Ekonomi negara memerlukan suntikan tambahan jika mahu unjuran empat hingga lima peratus dicapai tahun ini susulan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan pertumbuhan sederhana 2.9 peratus bagi suku kedua. Ini setelah Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan ekonomi diunjurkan berkembang hampir kepada julat KDNK yang lebih rendah, namun pertumbuhan akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri berikutan peningkatan guna tenaga dan pendapatan, pelaksanaan projek serta peningkatan jumlah pelancong.…










