KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan ke-19 bagi penggal ke-15 semalam. ADUN Temangan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar, sekali gus melengkapkan gandingan tokoh agamawan dan teknokrat dalam dua jawatan tertinggi negeri itu. Mohd. Nassuruddin, 58, Ketua Penerangan Pas Kelantan dan Mohamed Fadzli melafaz sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan…