Makmal haram proses dadah diserbu, tiga ditahan

Makmal haram proses dadah diserbu, tiga ditahan

KHAW Kok Chin menunjukkan dadah yang dirampas daripada satu sindiket di Butterworth, semalam. - UTUSAN/ IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membongkar makmal haram memproses heroin de­ngan penahanan tiga lelaki warga tempatan termasuk dua beradik dalam dua serbuan di beberapa tempat di sini, semalam.

Selain berjaya menahan tiga suspek berusia 25 hingga 37 tahun itu, polis turut me­rampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin bernilai kira-kira RM200,000.

Difahamkan, seorang suspek adalah pemilik kedai dobi manakala dua suspek lagi yang merupakan adik beradik adalah pengusaha bengkel lori dan pemandu lori.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan itu, polis berjaya membongkar makmal ha­ram memproses heroin di sebuah rumah di Simpang Ampat.

“Di rumah teres dua tingkat yang disewa ini, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan aktiviti memproses dan mengedar da­dah.

“Selain menangkap suspek di rumah yang dijadikan makmal haram ini, polis turut menahan dua lagi suspek di sebuah rumah keluarga mereka di Taman Sejahtera.

“Kesemua mereka disyaki terlibat dengan sindiket memproses dan mengedar dadah ini dan polis masih menyiasat sekiranya ada sindiket yang lebih besar berada di belakang mereka,’’ katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, semalam.

Menurut Kok Chin, menerusi dua serbuan berkenaan, polis menemukan 30 bungkusan heroin seberat 13.5 kilogram bernilai RM184,800; dua kotak berisi 230 batang rokok dadah jenis ‘mushroom’ seberat 244 gram bernilai RM13,800 dan serbuk kafein seberat 4.23 kilogram bernilai RM1,400.

“Selain itu, polis turut me­rampas peralatan dan perkakasan memproses dadah dan bahan kimia dipercayai untuk menghasilkan dadah.

“Hasil risikan mendapati aktiviti memproses dan mengedar dadah oleh sindiket ini telah bergiat aktif sejak tiga bulan lalu untuk pasaran tempatan,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN