KANGAR: Kerajaan negeri akan melonggarkan syarat jualan produk barangan di Arked Pekan Sehari Wang Kelian bagi memastikan peniaga di tapak itu tidak terlalu terikat dengan polisi berkenaan. Bagaimanapun, gerai-gerai di arked itu perlu diuruskan oleh peniaga tempatan walaupun mereka memilih untuk memasarkan produk-produk dari Thailand. Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri sebelum ini yang menggalakkan peniaga memasarkan produk-produk tempatan telah menyebabkan ramai di antara mereka…










