Lelaki peras ugut pelajar IPTS diberkas polis - Utusan Malaysia

Lelaki peras ugut pelajar IPTS diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan dipercayai  memeras individu yang  dikenalinya melalui laman Twitter dalam kejadian di Jalan Putra 4, Ampang di sini pad 10 Ogos lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di tempat meletak kenderaan di sini pukul  6.40 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 24 tahun yang mengatakan telah diambil suspek menaiki kenderaan Toyota Corolla Altis pukul 4.24 petang di Jalan Putra, Ampang di sini.

Menurut beliau, suspek mendakwa yang dirinya seorang ‘pegawai polis’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan mengugut mengatakan mangsa yang juga pelajar institusi pengajian tiggi swasta (IPTS) merupakan seorang ‘gay’ (suka sesama sejenis) dan ingin memberitahu ibu pengadu tentang perkara tersebut.

“Suspek kemudian meminta wang sebanyak RM3,000. Akibat ketakutan, mangsa telah menghubungi rakannya untuk memindahkan wang. Suspek juga membawa mangsa  ke BSN Ampang Point untuk membuat pengeluaran duit namun ia tidak dapat dikeluarkan hingga menyebabkan suspek marah. 

“Mangsa memnyerahkan wang tunai sebanyak RM1,500 kepada suspek ketika berada di dalam kenderaan di hadapan premis serbaneka di Taman Nirwana di sini,” kata beliau 

Suspek kemudian meminta baki RM1,500 untik dipindahkan melalui pemindahan dalam talian ke sebuah akaun Maybank sebelum meninggalkan pengadu di hadapan restoran di lokasi kejadian dan beredar.

Susulan itu, katanya, pihak polis telah menahan suspek semalam dan direman empat hari sehingga 20 Ogos ini.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kesalahan dadah dan ujian air kencing negatif.

“Siasatan mendapati tujuan suspek berjumpa pengadu adalah untuk lakukan seks luar tabii selain mengugut mahu menangkap semua pengamal LGBT di Malaysia hingga menyebabkan pengadu ketakutan,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya