Lapor polis dakwaan perangkap Sanusi

Lapor polis dakwaan perangkap Sanusi

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden diminta membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud perancangan untuk meme­rangkap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sehingga menyebabkan Menteri Besar itu tidak dapat berkempen di Su­ngai Petani, kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Seri Saifuddin Na­sution Ismail berkata, sebagai ahli Parlimen bertanggungjawab, Afnan se­patutnya mengguna­kan saluran undang-un­dang dan bukannya mencipta persepsi.

“Keseluruhan perja­lanan kempen di enam negeri semuanya berjalan tertib, mengikut peraturan dengan semua parti bertanding bebas menganjurkan ceramah dan sesi penerangan. Tak ada insiden di Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kecuali beberapa kes vandalisme melibatkan papan iklan memaparkan wajah Perdana Menteri.

“Pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri membuat pemantauan sepanjang masa tetapi apabila dikatakan sudah sampai separuh jalan tetapi terpaksa balik atas faktor keselamatan, maka mereka cuma perlu tampil mengadu kepada pihak berkuasa.

“Biar pihak berkuasa jalankan tugas tetapi cipta naratif untuk bina persepsi seolah-olah sampai begitu ancaman dihadapi macam Afnan kata kononnya ada pe­rangkap, maka pergilah buat laporan polis dan beritahu siapa buat perangkap dan apa nak dibuat kerana hanya beliau yang ada maklumat,” katanya dalam sidang akhbar selepas membantu calon PH berkempen di Pasar Besar Alor Setar semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN