Kerajaan Perpaduan sedia ambil alih pengurusan air Kelantan

Kerajaan Perpaduan sedia ambil alih pengurusan air Kelantan

NIK Nazmi Nik Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kerajaan Perpaduan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil alih pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) sekiranya masalah tersebut gagal diselesaikan dan tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun berkata, langkah tersebut merupakan jalan terakhir dan ia masih belum sampai ke tahap berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu boleh dilakukan Kerajaan Perpaduan berpandukan kepada Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia).

“Jadi di bawah Wasia, kita ada pilihan berkenaan dan kita tidak menolak sekiranya pendekatan lain yang diambil untuk menyelesaikan masalah itu gagal dan tidak mendapat kerjasama dari AKSB serta kerajaan negeri.

“Pada masa sama, pilihan untuk merombak AKSB kita tidak menolak. Hal ini kerana bekas Menteri Alam Sekitar dan Air sebelum ini Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan kegagalan pengurusan AKSB berpunca dari segi tadbir urus dan kewangan,” katanya kepada pemberita selepas ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan di sini malam tadi.

Isu air di negeri ini bukanlah perkara baharu malah ia sudah menjadi duri dalam daging buat seluruh penduduk sejak puluhan tahun lalu.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan tambahan segera RM500 juta bagi mengatasi masalah air bersih di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah hasil perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri sebelum ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya