Kanak-kanak main skuter maut dirempuh pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Kanak-kanak main skuter maut dirempuh pacuan empat roda

Raub Selamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda di sebuah kawasan kediaman mewah di bandar raya ini, Jumaat lalu.

Berdasarkan rakaman video yang tular, kanak-kanak yang sedang bermain skuter tersebut dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.

Kanak-kanak tersebut dipercayai maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan kemalangan itu tular dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kemalangan itu berlaku Jumaat lalu dan memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan tentang kejadian itu.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pemandu berkenaan boleh dikenakan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan penjara antara lima hingga 10 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN