Jom rakyat Perlis bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang - MB

Jom rakyat Perlis bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang – MB

MOHD. Shukri Ramli (empat dari kiri) membuat gimik pelepasan konvoi sewaktu Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 di Denai Larian Pengkalan Asam, Kangar, Perlis. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli mendapati masih ramai dalam kalangan rakyat di negeri ini masih belum mengambil inisiatif mengibar Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing sempena sambutan bulan kebangsaan yang diraikan setiap Ogos.

Justeru, beliau berharap, rakyat negeri ini dapat bersama-sama mengambil inisiatif tersebut berikutan bendera atau panji adalah merupakan simbol bagi kenegaraan dan perjuangan.

Katanya, rakyat di negeri ini perlu terus
menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman masing-masing sepanjang sambutan bulan kebangsaan yang diraikan pada Ogos.

“Bendera juga seharusnya dikibar dan tidak diperlakukan sesuka hati memandangkan ia adalah simbol identiti dan kesejahteraan sesebuah negara.

“Saya berharap lebih ramai akan prihatin selepas ini dan bersama-sama mengibarkan
Jalur Gemilang bagi meningkatkan semangat kenegaraan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 di Denai Larian Pengkalan Asam, di sini, hari ini.

Dalam majlis sama, Mohd. Shukri turut membuat gimik pelepasan konvoi kenderaan kempen Kibar Jalur Gemilang yang akan mengelilingi seluruh negeri ini dalam menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan.

Mengulas lanjut, Mohd. Shukri berkata, pelbagai program turut diatur sepanjang sambutan bulan kebangsaan ini antaranya seperti program kayuhan, fun run, forum, perarakan dan pelbagai lagi buat rakyat negeri ini.

“Sambutan Hari Kebangsaan juga akan dianjurkan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang tanggal 31 Ogos ini bagi memberi penghayatan buat seluruh masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd. Shukri berkata, kerjaaan negeri juga telah meluluskan pemberian Bantuan Khas Penjawat Awam dan Pesara sebanyak RM300 berkuatkuasa pada 10 Ogos ini.

Beliau berkata, pemberian bantuan itu adalah berjumlah lebih RM300,000 dan akan diberikan kepada kira-kira lebih 1,000 orang penjawat awam di negeri ini.

“Kerajaan negeri berharap dengan pemberian insentif ini dapat memberi motivasi kepada penjawat awam untuk lebih tekun berkhidmat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya