Formasi kereta bentuk Jalur Gemilang catat rekod MBOR - Utusan Malaysia

Formasi kereta bentuk Jalur Gemilang catat rekod MBOR

FORMASI berbentuk Jalur Gemilang melibatkan 234 buah kenderaan di Sireh Park, Iskandar Puteri berjaya mendapat pengiktirafan dalam MBOR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya menganjurkan formasi kereta berbentuk Jalur Gemilang terbesar, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, program itu merupakan satu inisiatif yang baik dalam menanam semangat patriotik khususnya dalam kalangan masyarakat.

“Mungkin di kawasan lain, orang ramai berarak serta mengibar bendera Malaysia, namun inisiatif seperti ini merupakan satu keunikan apabila peminat kenderaan berkumpul dan menghasilkan formasi berbentuk Jalur Gemilang.

“Sebanyak 234 buah kenderaan menyertai program ini, melibatkan kenderaan berwarna merah, putih, kuning dan biru. Ini satu inisiatif baik apatah lagi turut dicatatkan dalam MBOR,” katanya selepas menghadiri program tersebut di Sireh Park, di sini hari ini.

Rekod tersebut diserahkan wakil MBOR, Edwin Yeoh kepada Ketua Pegawai Eksekutif Haos Ek?, Anis Permin.

Sementara itu, Anis memberitahu, program itu bertujuan menggalakkan penyertaan orang awam dalam memupuk semangat kenegaraan.

“Usaha ini juga sebagai tanda komitmen kami dalam membawa nama syarikat dan juga negara ke tahap lebih tinggi, ke peringkat antarabangsa,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya