Empat cedera langgar kereta kebal

Empat cedera langgar kereta kebal

KEADAAN Honda Odyssey yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta kebal di Pengerang, Kota Tinggi, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang wanita dan tiga kanak-kanak cedera apabila kereta Honda Odyssey dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta kebal berhampiran Taman Bayu Damai, Pengerang malam kelmarin.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Punggai, Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata, pihak­nya menerima maklumat tentang kejadian pada pukul 8.28 malam sebelum menghantar tujuh anggota dari BBP Punggai dan lapan anggota dari BBP Sungai Rengit serta dua jentera ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat kemala­ngan jalan raya melibatkan dua kenderaan, sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Honda Odyssey.

“Dipercayai kereta kebal tersebut dalam perjalanan balik ke Kem Teluk Sepang telah berlanggar dengan Honda Odyssey yang dinaiki empat orang mangsa dan mereka mengalami kecederaan.

“Mangsa terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki dan seorang wanita dewasa. PKO memberikan rawatan awal kepada mangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN