10 kerusi jadi tumpuan

10 kerusi jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Selangor hari ini menyaksikan pemilihan bagi 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri untuk penggal ke-15.

Seramai 3,747,045 pengundi akan membuat pilihan bagi memilih seramai 147 calon yang mewakili enam parti politik iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Utama Rakyat Malaysia (PUR).

Selain wakil parti, terdapat sembilan pencalonan atas tiket Bebas, masing-masing menggunakan logo kunci, pokok, pen, surat khabar, kuda dan gajah di sembilan kawasan.

KOMPOSISI

Berdasarkan komposisi kaum, Selangor mempunyai kira-kira 1,909,667 pengundi Melayu, 1,171,140 Cina dan 522,848 India sementara lain-lain kaum pula 143,402 pengundi.

Dalam pemilihan kali ini, terdapat 10 kerusi tumpuan dikenal pasti antaranya adalah yang ditandingi Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di Sungai Tua; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Gombak Setia) dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Juwairiya Zulkifli (Hulu Ke­lang) yang akan bertembung dengan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kerusi lain pula seperti Jeram yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Datuk Jahaya Ibrahim (BN) dengan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Harrison Hassan.

Turut menjadi tumpu­an adalah kerusi dalam Parlimen Tanjong Karang iaitu Sungai Burong yang menyaksikan pertembungan antara Mohd. Khir Ramli (BN) dengan Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin (PN) dan Permatang yang ditandingi anak bekas ahli Parlimen BN, Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani atas tiket PN.

Kawasan lain yang menjadi tumpuan adalah Kota Anggerik yang dipertahankan penyandangnya, Mohd. Najwan Halimi dan Dusun Tua ditandingi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan BN Selangor, Datuk Johan Abd. Aziz.

Sementara DUN Sijangkang, penyandangnya Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN) memegang tanggungjawab memastikan kawasan tersebut menjadi kubu kuat Pas untuk penggal seterusnya.

DUN Morib pula dipertahankan bekas Timbalan Speaker, Hasnul Baharudin (PH) yang sebelum ini berdepan konflik dalaman parti apabila pimpinan Amanah di kawasan berke­naan mahu pencalonan muka baharu di situ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×