SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak menganggap kerusi tersebut mudah untuk dipertahankan. Sebaliknya, beliau atau lebih popular dipanggil Tok Mat akan bekerja lebih kuat bagi mempertahankan kerusi tersebut selepas dicabar calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan. “Kita menghormati walaupun satu lawan satu pada kali ini. Kita tidak perlu memandang remeh saingan kerana…