Tiga dipercayai warga Myanmar maut terperangkap dalam kereta - Utusan Malaysia

Tiga dipercayai warga Myanmar maut terperangkap dalam kereta

DUA lelaki serta seorang wanita yang ditemukan idak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kerana terperangkap dalam sebuah kereta Perodua Alza di Hentian Yong Peng.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Dua lelaki dan seorang wanita ditemukan terperangkap dan meninggal dunia dalam kereta Perodua Alza di Hentian Sebelah Yong Peng  arah selatan malam tadi dipercayai warga Myanmar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kesemua mangsa berusia antara 23 hingga 27 tahun.

Namun, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, katanya ketika dihuhungi.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Penguasa Bomba Kanan II Suhairulair Sarip berkata, mangsa terdiri daripada dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun serta seorang wanita berusia 27 tahun.

Beliau berkata, mereka ditemukan terperangkap dalam kereta tersebut sebelum orang awam bertindak memecahkan cermin kenderaan itu untuk mengeluarkan mereka.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan tentang kejadian ini pada jam 8.59 malam tadi sebelum enam anggota dan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian pihak bomba dapati mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam. Ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati mereka sudah meninggal dunia dan semua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan operasi tersebut selesai pada pukul 11.22 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN