Sultan Johor jalani pembedahan bahu Selasa ini - Utusan Malaysia

Sultan Johor jalani pembedahan bahu Selasa ini

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR berangkat menaiki pesawat bagi menjalani pembedahan di DSH2, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menjalani pembedahan pada bahu kanan baginda  ekoran kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), Selasa ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Royal Johor sebentar tadi.

“Tuanku berharap rakyat tidak berasa bimbang serta berdoa agar semua rakyat baginda dikurniakan rahmat dan perlindungan oleh Allah SWT.

“Tuanku akan tetap berangkat ke acara Kembara Mahkota Johor dan lain-lain acara yang telah dijadualkan berlangsung pada bulan depan,” demikian menurut kenyataan berkenaan.

Selepas menjalani pembedahan, baginda kemungkinan akan dinasihatkan oleh doktor pakar untuk memakai selempang (sling) bahu buat seketika.

Walau bagaimanapun, pemakaian selempang itu tidak menghalang baginda untuk menjalankan tanggungjawab untuk berangkat dan bertemu rakyat di setiap daerah.

“Jumaah Majlis Diraja menyeru seluruh rakyat bersama-sama mendoakan semoga Tuanku menjalani pembedahan serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan selamat dan baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” tambah kenyataan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya