PETALING JAYA : Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pegawai dan anggotanya sekiranya didapati mengamalkan birokrasi dan ‘pilih bulu’ ketika menjalankan siasatan kes. Beliau berkata, pemerhatian dan penilaian masyarakat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pastinya berkisar kepada kebolehupayaan agensi berkenaan dalam membendung jenayah selain menyiasat, menangkap serta mendakwa penjenayah. Katanya, ini termasuklah penguatkuasaan undang-undang dalam penyiasatan dan pendakwaan…










