Senaraikan 2,800 kedai koperasi jadi outlet program SARA - Utusan Malaysia

Senaraikan 2,800 kedai koperasi jadi outlet program SARA

ABDUL FATTAH Abdullah (tengah) memotong riben bagi merasmikan CoopKlass D'Mart Koperasi SMK Kuala Lanar di Lipis, Pahang. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kerajaan diminta menyenaraikan 2,800 kedai koperasi yang terlibat Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) menjadi outlet kedai pilihan bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini, kerajaan menyenaraikan 600 pasaraya dan kedai runcit di seluruh negara sebagai outlet program SARA.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mempertimbangkan kedai-kedai koperasi menjadi panel kedai bagi penerima SARA membeli barangan keperluan asas.

“BA100 merupakan program bersepadu diperkenalkan Angkasa untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutama membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan.

“Setakat ini 2,800 Koperasi yang menjalankan BA100 tidak diberi peluang menjadi premis pilihan walaupun ada kemampuan menyediakan barangan asas kepada penerima SARA,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian CoopKlass D’Mart Koperasi Sekolah Menengah Kebangaaan (SMK) Kuala Lanar di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata, kebanyakan premis atau outlet disenaraikan di bawah SARA terletak di bandar-bandar sekali gus menyukarkan penerima program itu mendapatkan barangan keperluan asas berbanding koperasi yang berhampiran tempat tinggal mereka.

“Ini sesuai dengan fungsi koperasi yang menyediakan perkhidmatan dan jualan kepada ahli dan penerima SARA tanpa perlu bersesak-sesak, masalah parkir dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata, kedai koperasi juga mempunyai urusniaga interaktif secara dalam talian, bayaran tanpa tunai dan boleh hantar ke rumah mengikut pesanan pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya