PETALING JAYA: Gandingan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mahu membawa agenda reformasi baharu sebagai kuasa ketiga dalam pilihan raya negeri (PRN). Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugam berkata, kerjasama tersebut penting bagi memberi harapan baharu kepada rakyat. “Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Kerajaan Perpaduan dibentuk, ada banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang mana mereka merasakan dulu mengharapkan Pakatan Harapan (PH) untuk menumbangkan Barisan Nasional…










