PETALING JAYA: Pengumuman kerajaan untuk menyemak gaji penjawat awam dikhuatiri mendorong kepada kumpulan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penasihat utama di Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia, Oh Ei Sun berkata, kumpulan yang mengambil kesempatan atau oportunis itu perlu dipantau sepanjang masa. “(Kenaikan gaji penjawat awam) akan mendorong (peningkatan harga barang) jika gaji lebihan dibazirkan dengan membeli dan bukan penyimpanan atau pelaburan. “Pada masa sama, kenaikan gaji…