Pengguna media sosial perlu waspada sampai maklumat mengenai OPR - Utusan Malaysia

Pengguna media sosial perlu waspada sampai maklumat mengenai OPR

FAHMI Fadzil pada sidang akhbar selepas merasmikan program Kita Madani Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Seri Batu 8, Labu, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Komunikasi dan Digital mengingatkan supaya pengguna media sosial agar berhati-hati dalam menyampai maklumat yang tidak sahih termasuk mengenai kadar dasar semalaman (OPR).

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada Ogos nanti, akan ada pengguna dan pemain media sosial yang mengambil kesempatan untuk mengadu domba, menanam bibit perpecahan selain mengapi-apikan sentimen. 

“Saya menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dalam menyampai dan menerima maklumat berita, kita perlu sahkan dulu maklumat yang diterima sahih atau tidak atau telah diumumkan, headline juga ada yang salah tafsir atau disalah tulis.

“Saya telah meminta agar Persatuan Bank-bank Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia memberikan penjelasan sekiranya ada rakyat yang menghadapi masalah dengan isu akibat daripada peningkatan OPR. 

“Mereka (rakyat) boleh berhubung dengan pihak bank dan berbincang disebabkan kita baharu keluar dari pandemik Covid-19 dan saya percaya pihak bank juga faham dalam tempoh moratorium pasca pandemik memang masih ramai masih terkesan dengan keadaan ekonomi,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Kita Madani Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Seri Batu 8, Labu di sini hari ini.

Fahmi menambah, keputusan mengekalkan OPR oleh Bank Negara Malaysia hari ini adalah keputusan yang dibuat secara bebas tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. 

“Kerajaan tidak menentukan (keputusan OPR), keputusan hari ini adalah keputusan yang dibuat secara bebas tanpa tekanan daripada mana-mana pihak. 

“Mereka (Bank Negara) memutuskan keputusan itu berdasarkan kepada faktor pertumbuhan ekonomi yang baik, kadar inflasi yang rendah, jumlah guna tenaga kerja yang hampir penuh di negara serta negara keadaan berdaya saing yang sangat tinggi,” katanya. 

Terdahulu, hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya