Penggerak ziarah warga emas lumpuh - Utusan Malaysia

Penggerak ziarah warga emas lumpuh

KAMARUL Azman Khamis (tiga dari kiri) menziarahi warga emas yang lumpuh di Kampung Jelutong, Kuala Nerang hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Negeri Kedah mengambil inisiatif menziarahi seorang warga emas yang mengalami masalah lumpuh di Kampung Jelutong, Kuala Nerang hari ini

Lawatan diketuai pengerusinya, Dr. Kamarul Azman Khamis itu turut disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Sumbangan turut disalurkan kepada keluarga berkenaan.

“Penggerak sentiasa turun ke padang untuk aktiviti ziarah dan bersama-sama dengan masyarakat tanpa mengira umur dan kaum.

“Keprihatinan dan kecaknaan bersama masyarakat ini perlu diteruskan di dalam membantu komuniti setempat.

“Mudah-mudahan akan lebih mengakrabkan lagi hubungan silatulrahim dan ukhwah selain menyalurkan bantuan kepada mereka memerlukan,” kata Kamarul Azman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya