Mampukah BN-PN namakan calon PM setanding Anwar Ibrahim? - NGO

Mampukah BN-PN namakan calon PM setanding Anwar Ibrahim? – NGO

ANWAR Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dengan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan PN yang dikatakan semakin menjadi kenyataan, rakyat mahu tahu siapa calon Perdana Menteri yang yang bakal diketengahkan oleh gabungan baharu itu sekiranya mereka menang PRU16.

Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun berkata, jika selepas PRU16, Anwar masih mempunyai mandat rakyat serta sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka beliau wajar diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya.

Katanya, ini bukan soal terlalu taksub kepada seseorang pemimpin, tetapi ia tentang kesinambungan pentadbiran.

“Dalam tempoh kepimpinannya, Anwar telah membawa Malaysia melalui pelbagai cabaran ekonomi, politik dan geopolitik.

“Beliau juga telah menetapkan satu standard yang tinggi untuk sesiapa sahaja yang mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas beliau.

“Maka, sesiapa yang mahu menjadi Perdana Menteri selepas Anwar perlu bersedia menjawab satu soalan yang mudah tetapi berat- Adakah mereka mampu melakukan sekurang-kurangnya sama baik atau lebih baik daripada Anwar?” katanya di sini.

Namun begitu, katanya, politik Malaysia sentiasa dinamik dan sekiranya selepas PRU16 berlaku kerjasama yang lebih kukuh antara BN, PN dan gabungan Wawasan, maka kemungkinan berlaku perubahan kerajaan tidak boleh dinafikan.

Katanya, dalam keadaan tersebut, persoalan paling besar ialah siapakah calon Perdana Menteri yang boleh diterima oleh semua pihak kerana dalam kerajaan gabungan, Presiden parti yang mempunyai kerusi terbanyak tidak semestinya secara automatik menjadi Perdana Menteri.

Katanya, politik gabungan memerlukan rundingan dan konsensus serta memerlukan seorang tokoh yang mampu menjadi titik pertemuan antara pelbagai kepentingan politik.

“Kita tidak boleh mengatakan bahawa hanya satu nama sahaja yang mempunyai peluang, tetapi siapa paling bersedia. Inilah persoalan sebenar.

“Kita boleh mempunyai ramai calon dan pemimpin yang popular, tetapi jawatan Perdana Menteri bukan pertandingan populariti. Ia adalah jawatan yang memerlukan kompetensi dan pengalaman mentadbir sebuah negara,” katanya.

Jelas beliau, PM selepas Anwar tidak boleh bermula dari sifar kerana Anwar telah membina satu tahap jangkaan yang tinggi.

Katanya, sesiapa sahaja yang menggantikannya tidak boleh datang dengan pendekatan seolah-olah mereka baru mula belajar bagaimana mengurus kerajaan. Malaysia tidak boleh mengambil risiko itu.

“Negara sedang berdepan dengan persaingan ekonomi global, perubahan teknologi, ketidaktentuan geopolitik dan cabaran kos sara hidup.

“Kita memerlukan Perdana Menteri yang boleh “hit the ground running” — terus bekerja dan membuat keputusan, bukannya mengambil masa bertahun-tahun untuk memahami selok-belok pentadbiran Persekutuan.

“Atas sebab itu, pengalaman harus menjadi antara ukuran paling penting. PRU16 bukan sekadar pertandingan antara BN, PN, Wawasan atau mana-mana blok politik. Ia adalah pilihan raya yang akan menentukan masa depan Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×