Penempatan 1,150 pegawai perubatan kontrak bermula esok

Penempatan 1,150 pegawai perubatan kontrak bermula esok

DR Zaliha Mustafa (tengah) beramah mesra dengan sebahagian penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang mahu berswafoto dengan beliau di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 1,150 pegawai perubatan kontrak yang telah menamatkan latihan siswazah akan ditempatkan di beberapa fasiliti perubatan di seluruh negara bermula esok.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada seramai 675 pegawai perubatan kontrak yang sudah ditempatkan di seluruh negara pada bulan ini.

Menurutnya, penempatan baharu itu dilakukan bagi mengisi kekosongan di fasiliti berkaitan termasuk di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan perpindahan pegawai perubatan ke negeri.

“Memang akan ada sedikit pengurangan jumlah doktor di HKL kerana kita telah pindahkan mereka, namun kekosongn itu akan segera diisi.

“Kita akan pastikan bahawa perkhidmatan kesihatan seluruh negara tidak akan terjejas. Keperluan pegawai perubatan sedang diagihkan mengikut keperluan bagi setiap fasiliti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita kesihatan mendakwa, pemindahan untuk penempatan tetap seramai 4,200 pegawai perubatan mulai bulan ini akan menjejaskan operasi di HKL.

Keadaan itu akan menyebabkan HKL dijangka akan kehilangan seramai 300 pegawai perubatan yany majoriti daripadanya dikatakan akan dipindahkan ke Sabah dan Sarawak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya