Pas tidak pernah lupa jasa, perjuangan Salahuddin

Pas tidak pernah lupa jasa, perjuangan Salahuddin

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menghargai jasa dan perjuangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sepanjang berkhidmat bersama parti itu.

Allahyarham memulakan kerjaya politiknya bersama Pas di Pontian, Johor pada 1983 dan berkhidmat dalam pelbagai jawatan sehingga 2015.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pemuda Pas pada 2003 dan berkhidmat sebagai Naib Presiden Pas dari 2009 hingga 2015.

“Jasa dan perjuangan Allahyarham ketika bersama Pas tidak pernah dilupakan,” kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan.

“Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi pemergian ini dan dipermudahkan segala urusan berkaitan,” katanya.

Sepanjang bersama Pas, Salahuddin membantu partinya memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian pada 2004 dan 2008, serta pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada 1999, namun, tewas di kerusi itu.

Kali terakhir beliau mewakili Pas dalam pilihan raya adalah pada 2013 ketika bertanding di DUN Nusajaya dan Parlimen Pulai, namun, tewas di kedua-dua kerusi tersebut.

Beliau kemudian muncul antara individu yang mengasaskan Parti Amanah bagi menggantikan Pas dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) pada 2015 dan dilantik sebagai Timbalan Presiden, jawatan yang disandangnya sehingga akhir hayatnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN