Pas gesa ahli terus munajat doa pada Allah untuk Sanusi

Pas gesa ahli terus munajat doa pada Allah untuk Sanusi

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menggesa seluruh ahli agar terus bermunajat dan berdoa kepada Allah supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diberi ketabahan serts berjaya dalam menghadapi ujiannya.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seluruh pihak termasuk penyokong perlu kekal bertenang dan mengelak melakukan atau terlibat dalam sebarang provokasi yang sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Pimpinan sedang mengurus kes ini dengan sebaik mungkin bersama pihak Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) serta dokongan pelbagai pihak khususnya para peguam yang sedia membantu Muhammad Sanusi.

“Pas menggesa ahli agar terus munajat dan berdoa kepada Allah agar beliau diberi ketabahan dan berjaya dalam menghadapi mehnah ini. Terima kasih kepada semua pihak yang berterusan mendukung kepemimpinan beliau serta doakan agar Perikatan Nasional akan meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.

“Marilah kita berterusan berzikir dengan zikir Syikh Abu Ala Al Hadrami r.a dalam menghadapi saat kritikal agar doa kita dimakbul oleh Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu sebentar tapi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menimbulkan rasa tidak setia terhadap mana-mana raja pada pukul 11 malam, 11 Julai lalu di simpang empat Taman Selayang Mutiara di sini.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN