Lari tinggalkan 2.5 juta batang rokok seludup 

Lari tinggalkan 2.5 juta batang rokok seludup 

WAN JAMAL Abdul Salam (kiri) menunjukkan rokok yang dirampas semasa sidang akhbar di Kota Bharu, Kelatan hari ini-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemandu sebuah lori yang membawa sebanyak 2.5 juta batang rokok seludup bernilai RM1.9 juta termasuk cukai lari lintang-pulang selepas kegiatannya itu dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kuala Kemasin, Bachok dekat sini, pada Selasa lalu.

Pemandu lori jenis Isuzu itu melarikan diri apabila menyedari kehadiran sepasukan pegawai dan anggota JKDM yang menyerbu kawasan tersebut kira-kira pukul 1 pagi.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pemeriksaan terhadap lori itu kemudiannya menemui sebanyak 250 kotak yang mengandungi 2.5 juta batang.

Menurutnya, kesemua rokok yang diseludup dari Vietnam itu dianggarkan bernilai RM208,000 dengan cukai sebanyak RM1.7 juta.

“Siasatan mendapati, penyeludup menggunakan laluan laut sebelum memunggah rokok-rokok tersebut ke dalam lori yang menunggu di kawasan pesisir pantai di Kuala Kemasin.

“Rokok-rokok tersebut dipercayai akan dibawa sebelum dijual di pasaran di negeri ini selain Lembah Klang dan sekitar Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguatkuasaan Kastam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, pihaknya percaya permintaan terhadap rokok seludup di luar Kelantan ketika ini amat tinggi.

Menurutnya, JKDM Kelantan bagaimanapun masih mengesan pemilik lori dan rokok seludup tersebut untuk siasatan lanjut.

“Kita tidak menolak kemungkinan kegiatan penyeludupan rokok dijalankan melalui jalan laut apabila sindiket penyeludupan turut bekerjasama dengan nelayan. 

“Penyeludupan rokok tanpa cukai ketika ini boleh dianggap serius berikutan JKDM sering menjalankan rampasan barangan tersebut hampir setiap bulan,” ujarnya.

Tambah Wan Jamal Abdul Salam, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya