Kes Guan Eng,  Hadi tunggu arahan Jabatan Peguam Negara - Utusan Malaysia

Kes Guan Eng,  Hadi tunggu arahan Jabatan Peguam Negara

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu arahan Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan membabitkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan telah dihantar kepada Peguam Negara pada 17 Julai lalu.

“Kita sedang menunggu arahan lanjut, polis hanya jalankan siasatan dan masih tunggu keputusan mereka,” kata beliau selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bendera sempena Kejohanan World Police dan Fire Games Winnipeg 2023 di Bukit Aman hari ini.

Hadir sama Pengarah Pengurusan Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. 

Pada 16 Julai lalu, PDRM mengesahkan siasatan berhubung isu 3R terhadap kedua-dua pemimpin itu akan diserah kepada pihak Jabatan Peguam Negara selepas kesemua keterangan diambil.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merekod keterangan dilakukan  oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ Bukit Aman).

Siasatan terhadap Abdul Hadi dilakukan susulan kenyataan beliau di laman Facebook pada 8 Julai lepas yang mendakwa DAP ingin mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran liberalisme.

Guan Eng pula disiasat susulan kenyataan beliau yang mendakwa ‘gelombang hijau’ akan menjejaskan hak agama di Pulau Pinang.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya