Kelantan United ikat pemain Uzbekistan 'hidupkan' jentera tengah

Kelantan United ikat pemain Uzbekistan ‘hidupkan’ jentera tengah

SIROJIDDIN Rakhmatullaev (tengah) menjadi pemain import terbaru Kelantan United musim ini/IHSAN KELANTAN UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United mengikat pemain tengah kelahiran Uzbekistan Sirojiddin Rakhmatullaev dalam usaha memperkasakan lagi pasukan itu bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Kemasukan pemain berusia 30 tahun itu pastinya memberikan kelegaan kepada pengendali pasukan Ailton Silva dalam merencanakan formasi terbaik untuk Skuad Kijang Hijau.

Pengarah Eksekutif Kelantan United, Wan Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, Sirojiddin merupakan seorang pemain tengah bertahan yang dijangka mampu melengkapi keperluan taktikal Ailton.

Menurutnya, Sirojiddin akan menjadi taruhan terbaharu Kelantan United yang diyakini mampu memberi impak yang baik kepada pasukan.

“Sirojiddin merupakan pemain import terbaru Kelantan United selepas Kim Deok (pertahanan), Kim Min Kyu (sayap) dan Ishmaheel Akinade.

“Kehadiran Sirojiddin sebenarnya diserta dengan tanggungjawab besar yang bakal digalas dan mengembalikan Sang Kijang Hijau ke landasan betul untuk muncul sebagai salah satu pasukan pencabar dalam Liga Super,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 26 Jun lalu, Utusan Malaysia melaporkan Kelantan United menyambar bekas penyerang The Red Warriors (TRW), Ishmaheel Akinade dan mengikat bekas penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA) FC, Shahril Saa’ri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya