PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemukan sebarang elemen rasuah membabitkan penolakan dua wanita China ke negara ini sehingga menimbulkan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun lalu. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, siasatan awal mendapati, tiada sebarang pembayaran wang dibuat terhadap mana-mana individu selepas mereka tidak dibenarkan oleh imigresen memasuki negara ini. Kata sumber itu, kekecohan yang berlalu berpunca daripada…










