Kehilangan Endut sekeluarga dirasai jiran - Utusan Malaysia

Kehilangan Endut sekeluarga dirasai jiran

JUNAIDAH Mat Isa (kiri), Salmiah Mat Isa (kanan) dan Minah Leman (dua dari kanan) sebak mengenang kehilangan Azizah Eiyi sekeluarga yang disifatkan sebagai jiran rapat seperti ahli keluarga sendiri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kehilangan Azizah Eiyi, 40, dan lapan ahli keluarganya dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman Sabtu lalu dirasai jiran tetangga di Blok 4, Felda Lepar Hilir 3, di sini.

Jiran mereka, Junaidah Mat Isa, 38, berkata, dia mengenali Azizah yang mesra dipanggil Endut sejak kecil dan kehila­ngan wanita itu amat dirasai terutama menjelang Hari Raya tAidilfitri akan datang.

“Azizah sekeluarga akan datang berpakaian sedondon dan menjadi keluarga pertama bertandang ke rumah saya setiap kali Aidilfitri.

“Itu antara kenangan tidak akan dapat dilupakan dan sudah tentu raya kali ini tiada lagi Endut dan ahli keluarganya beraya di rumah saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kakak Junaidah, Salmiah Mat Isa, 48, pula berkata, kali terakhir berjumpa arwah Azizah pada Aidilfitri lalu.

“Saya ingat lagi kata-kata arwah Endut. Dia tanya saya bila lagi kami akan berjumpa,” kata­nya yang kini menetap di Selangor.

Bagi jiran, Minah Leman, 64, anak-anak Azizah sering ke ge­rainya untuk membeli makanan ringan.

“Mereka juga sering datang membeli sarapan dan apabila datang membeli mereka akan beli banyak,” katanya.

Minah juga memberitahu, Azizah dan anak-anaknya setiap hari akan ke rumah ibu bapanya di Blok 4 dan hanya akan pulang ke rumah sewa di tanah ranca­ngan itu untuk tidur.

“Mereka sentiasa bersama. Ke mana sahaja Azizah pergi dia akan bawa sekali anak-anaknya bersama.

“Malah jika berjalan, mereka sekeluarga akan pergi bersama cuma kali ini sahaja adik beradik dan ibu bapa Azizah tidak ikut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×