Kawal kartel petani, nelayan

Kawal kartel petani, nelayan

KERAJAAN wajar mengawal kegiatan kartel bagi membela nasib nelayan. GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memainkan peranan penting untuk mengawal orang tengah di antara petani, nelayan dan juga perniagaan yang melibatkan logistik supaya harga barang tidak naik mendadak dan dapat dikawal dengan berkesan.

Menurut Presiden Persa­tuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr. Jacob George, harga barangan makanan seperti sayur, ayam, dan ikan dapat dikawal jika kerajaan mengambil berat mengenai kewujudan perantara yang hanya tahu mengaut keuntungan atas angin.

“Kewujudan orang tengah ini tidak memberi hasil kepada ekonomi dan pendapatan negara malah dengan adanya kelompok itu, akan terjadinya peningkatan harga ikan, sayur dan ayam secara tak langsung.

“Kenapa kerajaan tak ambil tindakan terhadap mereka ini? Adakah mereka ini individu yang ada kepentingan kepada kerajaan atau bagaimana? Ambil lah tindakan kepada mereka supaya kita dapat menjaga harga dan sekuriti makanan di negara ini,” katanya ketika dihubungi.

Semalam Utusan Malaysia menerusi ruangan Minda Pengarang menjelaskan tiga perkara menyebabkan harga barang meningkat. Pertama kejatuhan ringgit, kedua pelaksanaan gaji minimum RM1,500 tahun ini berbanding RM1,200 hingga wujud kenaikan 15 peratus dalam keseluruhan rantaian industri daripada pengilang, logistik sehingga penjual.

Ketiga, akta yang mewajibkan pembayaran kerja lebih masa sehingga mereka bergaji RM4,000 ke bawah menyebabkan kebanyakan syarikat terutama yang beroperasi 365 hari akan mendapat kos operasi tambahan sebanyak 15 peratus.

Sementara itu, menurut George, inflasi boleh diselesaikan jika masalah pokok seperti kewujudan agensi kerajaan yang bekerjasama rapat dengan nelayan, petani dan logistik membantu kerajaan dan pengguna dalam menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.

“Agensi kerajaan yang berkaitan ditubuhkan untuk menjaga pengguna dan juga sekuriti makanan serta hasil pendapatan nelayan, penternak dan petani.

“Rancangan yang dibincang sebelum agensi kerajaan ditubuhkan menjaga sekuriti makanan telah gagal memainkan peranan mereka. Oleh itu, mereka perlu ubah semua agensi dan tukarkan kepada orang baharu supaya ada per­ubahan,” katanya.

Beliau berkata, tidak boleh nafikan yang Malaysia sedang mengalami kejatuhan ringgit mengakibatkan barang makanan yang diimport naik sehingga 10 peratus.

“Tapi masih ada rakyat yang minta subsidi diteruskan walaupun negara kita mengalami pelbagai masalah seperti ekonomi dan kewangan. Kerajaan tak kerja sebagai pusat kebajikan. Mereka buat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan,” ujarnya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN