Insiden bas ekspres: Mangsa cedera parah meningkat - Utusan Malaysia

Insiden bas ekspres: Mangsa cedera parah meningkat

KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), dekat Nilai, Seremban pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mangsa yang mengalami kecederaan parah dalam nahas dua buah kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Kilometer 285.5 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, pagi tadi dilaporkan meningkat kepada tujuh orang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sembilan memberitahu kepada pemberita hari ini, terdapat 22 orang mangsa dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi itu termasuk dua orang yang terbunuh.

“PGO Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui MERS999 pada pukul 5.05 pagi. Kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah kereta Proton Wira.

“Terdapat 22 orang mangsa keseluruhan terdiri daripada dua yang maut iaitu pemandu bas lelaki dan seorang penumpang wanita warga Indonesia. Tujuh cedera parah telah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan.

“Sementara itu terdapat 13 orang mangsa yang cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Mangsa yang berada dalam kereta iaitu seorang lelaki dan seorang wanita turut cedera,” katanya yang memberitahu operasi ditamatkan pada pukul 9.23 pagi tadi.

Terdahulu media melaporkan dua maut manakala tiga lagi cedera parah dalam nahas melibatkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), dekat Nilai di sini pagi tadi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya