Dinding kaca pejabat Pas di ibu negara pecah - Utusan Malaysia

Dinding kaca pejabat Pas di ibu negara pecah

Kaca dinding di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut pecah menjelang hari penamaan calon PRN hari ini. - Faceebok Pas Pusat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas membuat laporan polis  selepas dinding kaca salah sebuah  pejabat parti itu di Kuala Lumpur dipecah.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi sebelum penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

“Berlaku insiden di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Laporan polis sudah dibuat dan pegawai penyiasat sedang menjalankan tugas mereka. Kita doa agar urusan siasatan oleh pihak berkuasa berjalan lancar.

“Ada rakaman CCTV dan ada saksi. Mudah-mudahan kes akan dapat diselesaikan segera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Untuk rekod, penamaan calon PRN di enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan berlangsung hari ini, hari mengundi pula ditetapkan  pada 12 Ogos ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya